e-Kad oleh Akad

Kad kahwin digital yang indah, mengikut gaya dan lagu pilihan anda. Mudah dikongsi, senang diurus.

Bina dan pratonton percuma, bayar hanya untuk terbitkan. Belum terbitkan? Bayaran balik penuh dalam 14 hari.

Dua cincin di atas jambangan bunga peoni

Direka untuk kisah anda

Pilih warna majlis anda.

Lihat semua 30 gaya

Contoh perkara yang boleh diubah

Semua ini boleh ubah.

  • Sampul

    dan banyak lagi

  • Tulisan

    dan banyak lagi

  • Navigasi

    dan banyak lagi

  • Borang RSVP

    dan banyak lagi

  • Ucapan Tetamu

    dan banyak lagi

Muzik

Lagu anda sendiri, di kad anda.

Pustaka kami ada 15 lagu. Kalau lagu anda bukan salah satu daripadanya, muat naik sendiri. Pilih saat ia mula, dan tetamu mendengarnya sebaik sampul dibuka.

  • Muat naik lagu sendiri

    MP3, M4A atau nota suara WhatsApp, sehingga 10 minit dan 20 MB.

  • Mula dari saat pilihan anda

    Langkau intro. Tetapkan saat lagu bermula, dan ia berulang dari situ.

  • Lagu sandaran

    Pilih satu lagu pustaka sebagai sandaran, supaya kad tidak pernah senyap.

Cuba di Studio
Sedang dimainkanLagu Kami
Muzik15 lagu
  • First Light
  • Cahaya Pagi
  • Milikmu
Muat naik lagu sendirilagu-kami.m4a
Mula dari 0:42
Contoh Studio, dengan data rekaan. Lagu contoh dari pustaka.

Dari pilihan hati ke jemputan

Cara bermula.

  1. Pilih gaya

    Temui rekaan yang serasi dengan majlis anda.

  2. Isi butiran

    Tambah nama, gambar dan cerita anda berdua.

  3. Kongsi jemputan

    Terbitkan, pilih nama pautan anda sendiri, dan kongsi di WhatsApp.

Bersama Akad Planner

Apa yang tetamu buat di kad, anda nampak dalam app.

RSVP, ucapan dan salam kaut masuk terus ke Akad Planner. Satu skrin, sentiasa terkini.

Tekan satu baris untuk lihat skrinnya.

Tab e-Kad dalam Akad Planner: RSVP, ucapan dan hadiah dalam satu skrin
Skrin sebenar Akad Planner, dengan data rekaan.

Sudah guna Akad Planner? Akaun yang sama, majlis yang sama. Kad anda bersambung secara automatik.

Satu akaun

Guna akaun Akad yang sama. Butiran majlis anda sedia terhubung.

Mudah dikongsi

Satu pautan melalui WhatsApp. Tiada caj ikut bilangan tetamu.

Tanpa muat turun

Tetamu buka kad terus dalam pelayar. Tiada app atau akaun diperlukan.

Dilindungi kod

Butiran majlis kekal peribadi, untuk tetamu yang dijemput.

Harga kad kahwin digital RM99

Satu harga, semua sekali. Sekali bayar, untuk satu majlis. Tiada langganan, tiada add-on, tiada caj ikut tetamu.

Semuanya termasuk

  • Kad animasi, 30 gayaPilih gaya, isi butiran, siap. Muzik dan animasi sekali.
  • Satu pautan untuk semua tetamuNama pautan pilihan anda. Hantar kepada 200 atau 1,000 tetamu, kosnya sama.
  • RSVP terus ke Akad PlannerKehadiran, pax, pilihan pemakanan dan pihak tetamu masuk sendiri ke app, dalam had pax yang anda tetapkan. Tiada spreadsheet, tiada kejar di WhatsApp.
  • Lagu Anda SendiriBonusMuat naik lagu anda dan pilih saat ia mula. Atau pilih satu daripada 15 lagu pustaka.
  • Buku UcapanBonusTetamu tinggalkan doa dan ucapan di kad. Anda simpan selamanya.
  • Salam Kaut DigitalBonusButiran bank dan QR di kad, dengan senarai hadiah yang tetamu boleh pilih.
  • Edit Tanpa HadBonusTersilap tarikh? Ubah bila-bila. Pautan kekal, tetamu nampak versi terkini.

Mula sekarang

Bina dahulu, bayar kemudian.

Daftar percuma dan siapkan kad anda dari awal hingga akhir. Pratonton di telefon sendiri, dan bayar hanya bila anda bersedia untuk terbitkan.

Bina kad anda
Jaminan Bayar Balik 14 Hari

Bina dan pratonton percuma, bayar hanya untuk terbitkan. Belum terbitkan selepas bayar? Bayaran balik penuh dalam 14 hari.

Ada baucar? Masukkan di halaman terbitkan.

Berbanding kad cetak

Apa yang berubah bila kad anda digital.

Berbanding kad cetakKad cetake-Kad
KosBayar setiap keping, tambah lagi bila senarai tetamu bertambah.RM99 sekali, untuk 200 tetamu atau 1,000.
Tersilap butiranCetak semula, hantar semula.Ubah di Studio. Pautan kekal, tetamu nampak versi terkini.
RSVPTelefon satu-satu, kira di spreadsheet.Tetamu tekan Hadir, kiraan pax masuk ke Akad Planner.
MuzikSenyap.15 lagu pustaka, atau lagu anda sendiri.
PenghantaranPos, atau hantar dengan tangan.Satu pautan di WhatsApp, dengan nama pautan pilihan anda.
UcapanBuku tetamu di pintu dewan.Buku ucapan di kad, disimpan selamanya.
Salam kautSampul di meja hadiah.QR dan butiran bank di kad, dengan senarai hadiah.
PrivasiSesiapa yang jumpa kad nampak alamat.Kod jemputan pilihan anda. Pautan yang bocor tidak dedahkan apa-apa.

Soalan lazim

Yang selalu ditanya.

Apa itu e-Kad?
e-Kad ialah kad kahwin digital oleh Akad untuk pasangan di Malaysia. Anda bina kad sendiri di Studio dengan muzik dan animasi, kongsi satu pautan di WhatsApp, dan tetamu buka terus dalam browser telefon untuk RSVP dan hantar ucapan. Bina dan pratonton percuma, kemudian RM99 sekali bayar untuk terbitkan kad bagi satu majlis.
Berapa harga e-Kad?
RM99 sekali bayar untuk satu majlis, sama ada 200 atau 1,000 tetamu. Tiada langganan, tiada add-on, tiada caj ikut tetamu.
Adakah e-Kad percuma?
Bina dan pratonton kad adalah percuma. Untuk tetamu membuka kad, anda perlu bayar RM99 dan tekan Terbitkan.
Boleh bayar dengan apa?
Anda boleh bayar dengan kad kredit, FPX, DuitNow atau Touch 'n Go melalui HitPay.
Boleh minta bayaran balik?
Boleh, jika kad belum diterbitkan. Minta dalam 14 hari selepas bayar, di halaman terbitkan atau melalui support@akad.com.my, dan kami pulangkan bayaran penuh. Selepas kad diterbitkan, bayaran tidak boleh dikembalikan.
Tetamu perlu muat turun app?
Tidak. Tetamu buka kad penuh dalam browser telefon, dengan muzik, animasi, RSVP dan ucapan. Tiada app, tiada akaun, hanya kod jemputan.
Boleh ubah kad selepas diterbitkan?
Boleh, bila-bila masa. Buka Studio, ubah, tekan Simpan, dan tetamu terus nampak versi terkini di pautan yang sama. Tiada had ubahan.
Boleh guna lagu sendiri?
Boleh. Di Studio, muat naik MP3 atau M4A sehingga 10 minit dan 20 MB, pilih saat ia mula, dan ia dimainkan sebaik tetamu membuka sampul. Semasa muat naik, anda mengesahkan anda berhak menggunakan lagu itu, dan lagu yang diadukan atas hak cipta akan dikeluarkan.
Bagaimana kod jemputan berfungsi?
Setiap kad ada satu kod pendek pilihan anda. Kongsi pautan awam dan kod disertakan secara automatik; kongsi pautan peribadi dan tetamu taip kod itu sendiri.
Boleh tukar nama pautan selepas kongsi?
Nama pautan boleh diperibadikan sekali sahaja, jadi pilih sebelum anda kongsi. Kandungan dan gaya boleh diubah bila-bila masa. Kod jemputan pun boleh ditukar, tetapi pautan buka-terus yang lama akan minta kod baharu.